fb fb fb fb fb

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah

PADANG TERAP, 26 November- Sebuah keluarga di Desa KEDA Bendang Tok Teri, Naka di Padang Terap, Kedah tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran, lewat petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.12 petang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah mengarahkan jentera ke lokasi kejadian.
 
Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 40 kali 50 kaki persegi.
 
Pihak bomba menggunakan dua aliran tiga pancutan untuk memadam kebakaran.
 
Kebakaran menyebabkan 85 peratus struktur rumah musnah.
 
Sebuah kereta turut terbakar hampir keseluruhannya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Trainee