fb fb fb fb fb

Sekatan ke atas kapal Israel tidak jejas hubungan Malaysia dengan negara lain

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) ketika sidang media di Wisma Putra, Putrajaya

PUTRAJAYA, 22 Disember - Sekatan Malaysia terhadap syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu sebaliknya menunjukkan pendirian Malaysia yang jelas dan tetap berhubung sokongan kepada pejuangan rakyat Palestin.

"Kita tidak melihat kepada terjejasnya hubungan kita dengan negara-negara yang lain. Topik kita ialah kita tidak membenarkan kapal-kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di pelabuhan Malaysia dan kita tidak akan benarkan sebarang pemindahan penghantaran negara-negara yang akan membawa barang ke Israel. Itu jelas dan kita punya pendirian itu tetap."

"Kita tidak mengatakan kita tidak menghargai hubungan kita dengan negara-negara yang lain tetapi disebabkan oleh ketetapan pendirian Malaysia berkenaan dengan keadaan di Gaza dan di Timur tengah ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ‘clock-in’ sebagai simbolik memulakan tugas sebagai Menteri Luar Negeri di Wisma Putra, di sini.

Tambah Mohamad, Wisma Putra akan berfungsi sebagai jambatan antara Malaysia dengan negara-negara luar terutamanya dalam mengharungi ketidaktentuan politik dan ekonomi global.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN