fb fb fb fb fb

Sekatan jalan raya bermula tengah malam ini - KPN

(Foto Hiasan/Fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 12 Ogos- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara, bermula pukul 12 tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terjaga, selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.

"Pihak kita telah bersiap siaga 12 tengah malam nanti, mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara.

"Sekatan jalan raya berkenaan adalah amalan biasa setiap bulan yang dilaksanakan PDRM dan orang ramai tidak perlu panik," katanya.

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain/Foto fail Bernama)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Razarudin turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi, perarakan atau meraikan kemenangan selepas pengumuman.

Media Baharu