Sebuah kilang di Bayan Lepas musnah 70 peratus dalam insiden kebakaran

Foto JBPM

BAYAN LEPAS, 3 Februari -Sebuah kilang pembuatan piala dan medal plastik di kawasan perindustrian Bayan Lepas musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran dikawal sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi dan operasi pemadaman tamat pada 12.26 tengah hari.
  • Bahan kimia mudah terbakar seperti thinner, primer dan hexane ditemui dalam kilang, menyukarkan pemadaman.
  • Pasukan Hazmat digerakkan untuk pemeriksaan dan bacaan parameter bagi mengesahkan tiada kebocoran kimia.
  • Tiada mangsa terlibat atau cedera; operasi melibatkan 17 anggota bomba dari BBP Bayan Baru dan bantuan BBP Seri Balik Pulau.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.10 pagi.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.40 pagi, manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 12.26 tengah hari,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pasukan bomba turut berdepan cabaran berikutan kewujudan bahan kimia mudah terbakar antaranya thinner, primer dan hexane yang disimpan di dalam kilang berkenaan.

Sehubungan itu, Pasukan Hazmat telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan bacaan parameter bagi memastikan tiada kebocoran bahan kimia berlaku.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kebocoran bahan kimia dikesan dan situasi adalah selamat. Dalam kejadian itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat atau cedera,” katanya.

Operasi pemadaman melibatkan 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru (BBP) dibantub BBP Seri Balik Pulau.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan