fb fb fb fb fb

Sebuah hotel gempar ancaman bom

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima satu panggilan kecemasan berhubung ancaman bom di sebuah hotel di Ibu Negara kira-kira pukul 9.59 pagi tadi.

Ancaman tersebut didakwa diterima pihak hotel berkenaan menerusi emel.

Komander Operasi Timbalan Penguasa II Mohd Farid Hussin menerusi kenyataan memaklumkan, enam orang anggota bersama-sama jentera FRT-1 dan Lori Hazmat-1 dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, kami melakukan pengungsian bangunan dan semua penghuni hotel telah dikumpulkan di kawasan selamat. Manakala, Unit Pemusnah Bom (UPB) PDRM selesai membuat pemeriksaan pada kira-kira 12.30 tengahari tadi," katanya menerusi kenyataan itu.

Sejurus selepas itu, polis mengesahkan bahawa keadaan selamat dan keseluruhan penghuni termasuk pekerja hotel diberi kebenaran untuk memasuki semula bangunan.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.00 tengahari dan hotel kembali beroperasi seperti biasa.

TETITIA YUSOFF