fb fb fb fb fb

Sebuah bot nelayan tempatan ditahan

LANGKAWI, 9 Febuari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika dari Selatan Pulau Beras Basah pada pukul 1.00 tengah hari, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot nelayan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan bilis di pulau itu.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan, bot nelayan tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga kru dan kesemuanya warga tempatan berumur antara 25 hingga 57 tahun.

Bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

(Empat lelaki ditahan dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan bilis)

Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Media Baharu