fb fb fb fb fb

Sebelum boikot, tuduhan pihak hina Islam perlu dibuktikan

Foto hiasan

IPOH, 3 Mei- Tindakan menuduh sesuatu pihak yang dikatakan menghina agama Islam perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan boikot dilakukan kata Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Perkara itu disebabkan satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya, atau "alqasdul jinaei" (criminal intent).

"Elemen ini tidak boleh dibuktikan melalui "syahadah" atau "direct evidence". la hanya boleh dibuktikan dengan pengakuan atau melalui kaedah pembuktian "qarainul ahwal" (bukti ikut keadaan - circumstantial evidence).

"Dengan berasaskan kaedah kehakiman lslam, tuduhan menghina agama Islam (yang dilemparkan) terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini.

Pada 13 Mac lepas, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah cawangan KK Mart di Petaling Jaya.

Penularan gambar produk yang dimuat naik menerusi media sosial itu menyebabkan ada pihak menggesa supaya umat Islam untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI