fb fb fb fb fb

Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU

PADU

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data dan maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat semalam.

Menurut perkongsian menerusi laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 1.56 juta individu telah mengemas kini data, manakala Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta).

Selain itu, Kelantan (0.67 juta), Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.03 juta) dan Labuan (0.02 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup esok (31 Mac), sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

Sementara itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kadar pendaftaran dan pengemaskinian PADU naik mendadak sejak dua hari lepas.

"Mungkin makin ramai sedar dan risau akan keciciran," kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam perkongsian sama, beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk mendaftar dalam sistem PADU.


 

ARTIKEL BERKAITAN
Sistem PADU selamat
Reka bentuk PADU terbaik,selamat dan berkesan
PADU: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
PADU :DOSM tambah kaunter bagi mudahkan pendaftaran
Pengemaskinian data PADU capai 8.79 juta
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Fadillah yakin Kementerian Ekonomi punya strategi galak daftar PADU
PADU menoktahkan kemiskinan negara
Daftar segera PADU, elak terlepas subsidi
Sistem PADU basmi miskin tegar, henti ketirisan - PM
PADU banteras ketirisan penyaluran subsidi - PM

SITI AISHAH MD ISA