fb fb fb fb fb

SC lancar inisiatif TechTrek perluas ekosistem inovasi digital

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Pelbagai inisiatif bakal dilaksanakan bagi memperkukuh libat urus dan memperluas ekosistem inovasi digital.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, ini termasuk perbincangan dasar inovasi dan sidang kemuncak teknologi kewangan (fintech) untuk memacu pembangunan industri fintech.

Menyedari kepentingan keselamatan siber dan risiko teknologi, SC akan turut menganjurkan aktiviti pembinaan kapasiti melalui program TechTrek.

Jelasnya, sejak tiga dekad lepas, pasaran modal negara menunjukkan penggunaan teknologi luar biasa, daripada pengenalan platform dagangan elektronik hingga wujudnya sistem tempahan dalam talian.

Pandemik COVID-19 menjadi pemangkin kepada perubahan sekali gus meningkatkan kadar pendigitalan.

Tambahnya, negara yang menggunakan teknologi terkini seperti blockchain, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin juga lebih cenderung untuk menarik pelaburan asing.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE