fb fb fb fb fb

"Saya redha atas apa yang berlaku," - Bapa Muhammad Hafzan

KUANTAN, 23 Mac- Bapa kepada Muhammad Hafzan, mangsa maut dibelasah rakan dalam kejadian pada Ahad, Qurbani Azhar Rahimi, reda dengan kematian anaknya dan menganggapnya sebagai ujian tuhan.

Malah dia juga tidak berdendam kepada pelaku yang juga merupakan pelajar senior kepada anaknya.

Mengulas mengenai kejadian itu katanya, mangsa tidak ada masalah dengan rakan-rakannya dan anaknya juga seorang yang rajin, mendengar kata dan selalu menolong adik-adik di rumah.

"Saya redha atas apa yang berlaku, dan bukan kerja kami untuk menghukum mereka,"

"Apa yang penting kita doakan semoga urusan arwah dipermudahkan dan ditempatkan di Syurga," jelasnya kepada pemberita, di sini, semalam.

(Qurbani Azhar Rahimi, Bapa Mangsa) 

Jelasnya, kali terakhir dia melihat anaknya pada Khamis lalu ketika menghantarnya ke asrama.

Dalam kejadian pada Ahad, mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh suspek berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri, ketika berada di bangunan surau asrama antara 3.45 hingga 4.15 petang.

Difahamkan mangsa diperlaku demikian hanya disebabkan dia disyaki mengambil duit sebanyak RM4 dari suspek tersebut.

Ekoran itu seorang pelajar berumir 16 tahun telah ditahan reman sehingga 27 Mac bagi membantu siasaat dan kes disiasat bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Mangsa disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan kemudiannya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gelugur, Kuantan kira kira 3.30 petang, semalam.

Media Baharu