fb fb fb fb fb

Satu PPS di Perak masih beroperasi

Foto APM Hilir Perak

IPOH, 21 Disember- Penduduk terjejas banjir di Perak kekal 39 individu setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, "satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Hilir Perak."

Menurut kenyataan itu, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dibuka sejak Sabtu lalu menempatkan penduduk antaranya dari Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman dan Lorong Mesra.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI