Satu kes Tibi dikenal pasti di Kota Tinggi – JKNJ

Foto Fail

KOTA TINGGI, 5 Februari– Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan satu laporan berhubung wabak Tibi di daerah Kota Tinggi, pada 25 Januari lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • JKNJ mengesan 33 kes tibi melalui pengesanan aktif kepada 804 kontak rapat setakat 4 Februari.
  • Satu kematian dilaporkan tetapi punca kematian disahkan bukan akibat penyakit tibi.
  • Orang ramai di kawasan berisiko dengan batuk berpanjangan diminta tampil untuk saringan kesihatan.

JKNJ menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 33 kes dikesan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif kepada 804 kontrak rapat, setakat Rabu (4 Februari).

Satu kematian dilaporkan membabitkan pesakit tersebut.

Bagaimanapun, punca kematian disahkan bukan berpunca daripada penyakit tibi.

Justeru, orang ramai yang tinggal dilokasi berisiko dan menghidapi gejala batuk berpanjangan, hilang selera makan dan berat badan susut mendadak diminta untuk tampil menjalani saringan kesihatan di fasiliti berhampiran.

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan