fb fb fb fb fb

Sate Kajang diisytihar makanan warisan Selangor

Foto BERNAMA

KAJANG, 24 Ogos- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengisytiharkan sate Kajang sebagai makanan warisan negeri Selangor.

Pengisytiharan itu disempurnakan Baginda dalam satu majlis di Stadium Kajang, Selangor.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melawat reruai jualan serta beramah mesra bersama peniaga dan rakyat.

Sementara itu, Exco Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, sate Kajang telah diwarta sebagai objek bersejarah bawah Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009 pada 31 Julai lalu.

Katanya, pewartaan itu mengukuhkan kedudukan sate sebagai sebahagian identiti negeri yang bernilai dari segi sejarah, budaya dan sosial.

Beliau menjelaskan, keunikan sate Kajang terletak pada perapan rempah turun-temurun, cucukan daging padat, kuah kacang beraroma, serta hidangan lengkap bersama ketupat dan sayuran, menjadikan ia simbol kebanggaan Selangor.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello