fb fb fb fb fb

Sasaran tanam 1,500 pokok setahun di Melaka hampir tercapai

Di-Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron menanam pokok Hopea Odorata pada Majlis Perasmian Pembudayaan Landskap Veritas 100 pokok di kawasan Reforestation and Riparian Sungai Putat, di sini

AYER KEROH, 19 Januari - 1,000 pokok Hopea Odorata atau Merawan Siput Jantan telah ditanam di Melaka.

Di-Pertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, jumlah itu menghampiri mencapai sasaran pihaknya untuk menanam 1,500 pokok setahun.

Katanya, pokok tersebut ditanam di kawasan Lebuh Ayer Keroh, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput (SPA), lereng bukit kawasan perindustrian Ayer Keroh dan Jalan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

"Penanaman pokok ini bukan selain untuk teduhan, juga untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon jadi, ia menyerap lebih banyak karbon lah sebenarnya dan menggalakkan pengeluaran oksigen yang lebih tinggi.

"Tahun ini kita sasar 1,500 batang pokok setiap tahun dan setakat hari ini sudah untuk pokok Hopea Odorata yang kita sudah tanam dalam kawasan Hang Tuah Jaya 1,000 batang, termasuk hari ini. Penanaman sebelum ini kita sudah tanam di Lebuh Ayer Keroh di kawasan MITC dan di kawasan sini lah," kata Sapiah kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembudayaan Landskap Veritas 100 pokok di kawasan Reforestation and Riparian Sungai Putat, di sini.

Mengulas lanjut katanya, setiap penanaman 100 batang pokok itu sebanyak 5% pelepasan karbon dapat dikurangkan.

Sebagai rekod, MPHTJ telah menanam 12,956 batang pokok sejak 2017 hingga 2023 bersamaan 25% daripada jumlah inventori pokok seluruh negeri Melaka.

Dalam pada itu, Sapiah memaklumkan MPHTJ menyasarkan 7,000 pengunjung ke Zoo Melaka pada cuti umum sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan 20 Februari depan.

Katanya, tiket percuma berkenaan terbuka kepada semua warganegara dan tiada had kemasukan sepanjang hari berkenaan.

"Dia untuk Zoo pada 20 hari bulan ini memang buka kepada kepada seluruh warganegara. Insha-Allah kita buka dalam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kita akan tutup selama sejam untuk kita lakukan operasi pembersihan tandas, sampah dan kita mahu beri haiwan itu berehat sebentar.

"Ini kerana kita jangkakan ramai pengunjung akan datang dan selepas itu pukul 2.30 petang kita buka semula hingga 4.30 petang," katanya lagi.

Tambahnya, Zoo Melaka akan ditutup sejam pada hari berkenaan bagi memberi jalan kepada kerja-kerja pembersihan.

Selain Zoo Melaka, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari antara produk pelancongan yang menawarkan perkhidmatan percuma pada hari berkenaan.

TETITIA YUSOFF