fb fb fb fb fb

Sarawak sedia SOP pengangkutan udara untuk pelancong dari luar negara

(Gambar Fail)

KUCHING, 26 Mac - Sarawak sudah bersedia dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengangkutan udara untuk menerima kemasukan pelancong dari luar negara bermula Jumaat depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas berkata dua kategori SOP digariskan bagi kemasukan dari Singapura.

"Kategori pertama melibatkan pemastautin di Singapura yang memasuki Sarawak. Mereka perlu mendaftar MySejahtera, membuat ujian saringan sebelum berlepas dan tidak perlu ujian saringan setelah tiba di Sarawak.

Bagi rakyat Sarawak di Singapura pula, mereka dikategorikan pelawat domestik yang tidak tertakluk pada SOP tersebut," katanya.

(Douglas Uggah Embas)

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan pembukaan sempadan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Manakala, kategori kedua melibatkan penumpang transit dari negara-negara lain yang wajib mendaftar MySejahtera dan membuat ujian saringan dua hari sebelum berlepas.

"Penumpang berkenaan juga wajib menjalani ujian RTK Antigen profesional sebaik tiba di Sarawak," katanya.

Tambahnya, bagi SOP kemasukan sempadan darat, perbincangan sedang dibuat dengan Indonesia dan Brunei untuk penetapan SOP yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Media Baharu