fb fb fb fb fb

Sarawak perkenal mekanisme kawal harga ternakan tahun depan

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto RTM

KUCHING, 17 JUN- Sarawak akan memperkenalkan satu mekanisme untuk mengawal harga daging dan haiwan ternakan di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan keadah tersebut akan dimaklumkan kelak.

“ Saya ada mempunyai satu cara untuk tahun depan di mana kita boleh mengawalkan harga sapi dan haiwan.. biar saya umumkan kemudian”, katanya.

Premier Sarawak mendedahkan perkara tersebut kepada media selepas Majlis Korban Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak di Dewan Hikmah Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Sarawak mempunyai cadangan untuk mengimport lembu daripada luar negara.

Jelasnya, walaupun harga ternakan di Sarawak agak tinggi berbanding negeri lain namun masyarakat di negeri masih berupaya untuk menunaikan ibadah korban pada tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD