fb fb fb fb fb

Sarawak belanja RM9.31 juta untuk Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang sejak 2020

Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis di Hospital Lundu

LUNDU, 28 Mac- Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah meluluskan 122 permohonan baharu dan lanjutan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang sejak 1 Januari lepas.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah memberitahu ia melibatkan perbelanjaan RM2.5 juta.

Beliau mendedahkan bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Januari lepas, jumlah keseluruhan permohonan yang diluluskan ialah sebanyak 528, dengan 198 daripadanya merupakan permohonan baharu.

Ia membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM9.31 juta.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Mesin Hemodialisis kepada Hospital Lundu, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalannya, Datuk Rosey Yunus.

Pada majlis tersebut, Hospital Lundu menerima dua unit mesin hemodialisis yang berharga RM82,300.

Mesin tersebut merupakan antara 24 unit yang dibeli oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat secara tender pada tahun lepas.

Setakat ini, seramai 130 pesakit mendapatkan rawatan di Unit Hemodialisis Hospital Lundu, dengan terdapat 10 unit mesin hemodialisis.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE