fb fb fb fb fb

Sarawak bakal perkenal dua kaedah baharu jana tenaga bersih

Tan Sri Abang Johari ditemui pemberita ketika berknjung ke kediaman Datuk Sri Rohani Abdul Karim

KUCHING, 14 April- Sarawak akan memperkenal dua lagi kaedah menjana tenaga bersih menggunakan sumber sungai.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia akan menggunakan konsep graviti dan ombak.

Beliau berkata, dengan menggunakan graviti, air sungai akan dipam ke satu sebuah tangki sebelum dialirkan untuk menggerakkan turbin sekaligus menjana kuasa.

Buat masa ini katanya, kajian sedang dijalankan di Stumbin, Sri Aman bagi melihat keberkesanannya.

"Apa yang kita perlu adalah eksperimen untuk mengkaji berapa liter dapat disimpan dan halajunya, kalau itu berlaku maka kita boleh tingkatkannya.

"Manakala kaedah kedua pula menguasai kuasa ombak yang kini sedang dikaji di Bintulu,"katanya.

Tan Sri Abang Johari bercakap kepada media selepas berkunjung ke rumah terbuka di kediaman penasihat di pejabat Premier, Datuk Sri Rohani Abdul Karim dekat jalan Bakti, Kuching pagi tadi.

Beliau, selepas itu turut mengadakan kunjungan hari raya di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE