KUALA LUMPUR, 11 Januari – Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan drastik dengan menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka 24 jam di kampus itu susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.
UM menerusi kenyataan berkata, ini kerana penemuan produk sandwich dengan label “sandwich ham & cheese”.
"Arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.
"Penutupan premis ini akan kekal sehingga siasatan selesai dan tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian."
UM menegaskan komitmennya untuk memastikan semua produk yang dijual dalam kawasan kampus mematuhi undang-undang serta piawaian halal yang ditetapkan.