fb fb fb fb fb

Sambutan Thaipusam di Kuching meriah

Perarakan Thaipusam oleh penganut agama Hindu di Kuching

KUCHING, 25 Januari- Sambutan Thaipusam di Bandaraya Kuching meriah dengan kehadiran kira-kira lebih 200 penganut Hindu yang berkumpul di bawah perkarangan Jambatan Gantung Satok seawal pukul 7.00 pagi tadi.

Presiden Persatuan Kuil Hindu Kuching, V. Sahundararaju berkata, hampir 60 penganut Hindu mengambil bahagian membawa Kavadi dan Paal Kudam iaitu tabung susu sambil berarak ke Kuil Sri Srinivasagar Kaliamman di Jalan Ban Hock.

Katanya, walaupun hari ini merupakan hari bekerja di Sarawak namun perayaan itu tetap disambut beramai-ramai bagi meraikan Dewa Murugan.

Selain masyarakat Hindu, sambutan itu turut disaksikan pelancong asing dan warga bandar raya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE