fb fb fb fb fb

Sambutan Minggu Perpaduan buka tirai di Johor Bharu

MINGGU PERPADUAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kementerian Perpaduan Negera (KPN) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Johor bermula hari ini hingga 26 Mei depan.

Program berkenaan bermula pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Padang Akasia dan Begonia di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall.

Kemasukkan adalah percuma.

Maklumat lanjut boleh didapati di portal KPN https://www.perpaduan.gov.my/ atau laman Facebook, X dan TikTok KPN.

SMP yang disambut setiap tahun merupakan inisiatif KPN untuk memupuk semangat perpaduan dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Bagi menyebarluaskan dan menyemarakkan lagi promosi SMP tahun ini, KPN turut mengambil langkah untuk menganjurkan siri Jelajah Kembara Perpaduan di enam negeri bermula dengan Sabah (20 April), Sarawak (21 April), Labuan (27 April), Terengganu (2-4 Mei), Pulau Pinang (11-12 Mei) dan Negeri Sembilan (17-19 Mei).

Jelajah Kembara Perpaduan merupakan pergerakan simbolik bermula dari Sabah menuju ke enam negeri melalui perjalanan kapsul bagi mengumpulkan hasrat dan harapan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan.

Hasil tersebut akan dipersembahkan dan diserahkan ketika Majlis Perasmian SMP 2024 Peringkat Kebangsaan.

aidan