fb fb fb fb fb

Sambutan Jubli Perak Bahagian Udara JBPM, disambut meriah

Foto FB KPKT

KEPALA BATAS, 18 November- Ribuan penduduk membanjiri Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Bahagian Udara JBPM, sejak pagi tadi.

Pelbagai aktiviti termasuk aksi payung terjun, demonstrasi penyelamatan bersama pesawat, pameran agensi kerajaan, gerai jualan serta kempen derma darah, mewarnai sambutan tersebut.

Rata-rata pengunjung hadir bersama keluarga, memberi pendedahan berkenaan kepentingan agensi tersebut kepada generasi muda khususnya anak-anak.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang turut serta dalam aktiviti demonstrasi penggunaan hos bomba dan alat pemadam api.

"Tujuannya nak beri pendedahan kepada anak-anak tentang kebombaan selain unit udara JBPM ini. Rasa teruja dapat lihat macam-macam aset kebombaan," kata Wan Norlizar Noordin.

Saya datang dengan keluarga, bawa anak-anak bersiar-siar. Hari ini dapat tonton pertunjukan helikopter, aksi payung terjun dan pertunjukan udara yang lain," kata Noorizyani Hassan.

"Secara peribadinya, saya amat berbangga dengan JBPM kerana ada unit udara dan saya rasa ramai yang tidak tahu tentang itu. Melalui penganjuran sebegini, kita boleh dedahkan kepada orang ramai," jelas Ailwan Yusuf.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM