fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 lancar - Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 31 Ogos- Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 berjalan lancar dan dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu mendapat respons baik daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri.

"Berdasarkan pengamatan dan daripada maklum balas Perdana Menteri serta jemaah menteri, mereka berpuas hati dengan sambutan ini.

"...dan selepas ini kita akan buat post-mortem untuk melihat perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan sambutan tahun akan datang lebih baik daripada yang dihasilkan pada hari ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di sini hari ini.

Sementara itu Kerajaan MADANi juga memberi komitmen dalam membanteras amalan rasuah.

Komitmen itu memberi matlamat untuk mencuci dan menghapuskan budaya kotor khususnya dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Inilah iltizam dan komitmen Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan untuk menghapuskan, mencuci rasuah dari Malaysia dan kita ingin menerapkan yang lebih baik dalam kalangan sama ada pnjawat awam, pentadbiran dan pihak swasta untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah.

"Semua pihak perlu memainkan peranan bersama-sama dan kita harap mesej ini sampai kepada orang ramai," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI