fb fb fb fb fb

Saluran paip gas terbakar di Putra Heights: Api semakin mengecil

Foto Bernama

SUBANG JAYA, 1 April - Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, semakin mengecil dan gas semakin berkurang.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam satu kenyataan, setakat ini, seramai 112 orang mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

Manakala, sebanyak 49 buah rumah terjejas akibat kebakaran yang berlaku pagi tadi.

TETITIA YUSOFF