(Foto Hiasan)
IPOH, 7 Ogos- Dua remaja warga asing ditahan kerana menyalahgunakan surat sokongan Ketua Polis Perak bagi tujuan meminta derma tanpa kebenaran di Gopeng, Perak.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata salah seorang daripadanya memiliki pas tamat tempoh.
"Soal siasat mendapati kedua-dua suspek berusia 17 tahun itu memasuki negara menggunakan pas lawatan dan menjadi sukarelawan bagi pertubuhan kebajikan yang beralamat di Taman Ipoh, Perak.
"Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(3) Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963.
"Orang ramai diingatkan agar tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran yang diberikan bagi tujuan menyalahi undang-undang," katanya menerusi kenyataan.
(Foto BERNAMA)