BANGKOK, 28 Ogos- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kini berada di Laos untuk menghadiri persidangan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan.
Dalam catatan Facebook beliau, Saifuddin Nasution berkata beliau mengadakan sesi pramajlis bersama delegasi kementerian pada Rabu, yang merupakan agenda utama baginya setiap kali menghadiri persidangan antarabangsa dan lawatan kerja rasmi bagi menyiapkan diri untuk menghadiri mesyuarat rasmi.
"Nanti saya maklumkan beberapa perincian mesyuarat yang boleh dikongsikan, moga segala urusan di sini berjalan lancar," katanya.
Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang berlangsung di Vientiane, Laos dirasmikan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Horn pada Rabu.- BERNAMA