fb fb fb fb fb

SADA saran pengguna simpan bekalan

Foto fail

ALOR SETAR, 30 Mac - Pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun disarankan membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) kenyataan memaklumkan ia berikutan bacaan kadar kekeruhan air mentah melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama dan LRA Sungai Pau menunjukkan trend meningkat dan berisiko terjadinya gangguan bekalan air.

"Kejadian kekeruhan air mentah yang meningkat ini adalah disebabkan oleh faktor hujan lebat di Hulu Sungai Muda.

"Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan agar pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air," menurut SADA.

SADA memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh menghubungi talian i-SADA di nombor 15404 atau melalui e-mel aduan SADA iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut.

TETITIA YUSOFF