fb fb fb fb fb

Sabah sasar 3 juta pelancong tahun ini

Gambar hiasan

PUTATAN, 8 Julai - Jumlah pelancong ke Sabah tahun ini dijangka melebihi sasaran 3 juta pelancong.

Ia berikutan kehadiran pelancong dalam tempoh lima bulan ini amat memberangsangkan, khususnya pelancong berulang.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, selain itu ia juga susulan kerancakkan pembangunan industri pelancongan di negeri itu.

"Statistik tidak rasmi kita telah menerima lebih 1.2 juta kedatangan pelancong ini termasuk domestik dan antarabangsa," katanya.

Beliau yakin, penerbangan terus ke beberapa destinasi utama menghubungkan Sabah termasuk beberapa bandar utama di Indonesia yang ditawarkan syarikat penerbangan dijangka melonjakkan lagi industri pelancongan Sabah.

Mengulas lanjut mengenai kawalan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap industri pelancongan di Sabah, Joniston berkata, perkara itu akan diputuskan kerajaan negeri.

"Kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk memberi maklum balaslah. Maksud saya, perkara ini perlu kita lihat bersama.

"Apa pun sebabnya, saya percaya untuk memastikan pelaksanaan Sabah Malaysia My Second Home akan berjaya itu yang penting," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN