fb fb fb fb fb

Sabah, Sarawak terima peruntukan laksana program untuk usahawan dan koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 26 Jun - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM953.9 juta di Sabah dan RM731.2 juta tahun lepas, bagi melaksanakan program bersifat inklusif kepada semua usahawan dan koperasi di kedua-dua negeri itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak oleh SME Corp turut dilaksanakan bagi meningkatkan keberdayaan usahawan khususnya golongan B40 dan usahawan muda di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah dan Sarawak.

Hingga Mei tahun geran berjumlah RM9.4 juta telah diluluskan kepada 112 usahawan mikro di Sabah dan Sarawak.

"KUSKOP juga telah memulakan Projek Tamu Desa yang bertujuan membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur keusahawanan di luar bandar di Sabah dan Sarawak pada
tahun 2024 ini.

"Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta yang merangkumi kerja-kerja bina baru atau naik taraf sebanyak 36 tapak tamu desa di Sabah dan sebanyak 13 tapak tamu desa di Sarawak," kata Ewon Benedick.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan wakil Sungai Besar Datuk Muslimin Yahaya, di Dewan Rakyat.

TETITIA YUSOFF