fb fb fb fb fb

RUU Perubahan Iklim dibentang di Parlimen tahun depan - Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim akan dibentangkan di Parlimen, tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkembangan sesi libat urus RUU itu akan dibentangkan pada Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu ini.

Beliau berkata, kuasa perundangan melalui akta tersebut diperlukan bagi negara menjayakan komitmen dibuat menerusi Perjanjian Paris 2015.

"Kalau setakat ini dia hanya dalam bentuk aspirasi atau dasar yang agak abstrak tetapi dengan adanya RUU ini ada kuasa perundangan, jadi mungkin kita akan ada insentif, mungkin juga akan ada penalti bagi mereka yang tidak mematuhi perkara tersebut dan ia akan banyak terpakai lebih kepada pencemaran besar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Iklim dan Inisiatif Sasaran Asas Sains (SBTi) 2024, di sini.

Tambah Nik Nazmi, sesi libat urus fasa pertama telah dimulakan melibatkan panel perunding dan penasihat perubahan iklim termasuk syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN