fb fb fb fb fb

RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022: Pewartaan hutan simpan kekal perlu dikawal

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Kerajaan persekutuan dan negeri memandang serius kepentingan hutan serta peranan ke atas keseimbangan alam sekitar, bekalan air bersih dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi masyarakat.

Itu dinyatakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju ketika menggulung Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022.

Justeru jelasnya, penguatkuasaan perhutanan yang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal perlu dikawal daripada diwarta keluar melalui pindaan seksyen 11, Akta 313.

"Namun begitu, RUU ini telah mengambil kira bahawa bidang kuasa pihak berkuasa negeri mengenai tanah dan hutan dibawah butiran dua dan tiga senarai negeri jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan dan Akta 313 merupakan satu undang-undang yang digubal bagi tujuan keseragaman dibawah perkara 76(1)(b) Perlembagaan Persekutuan pemakaian kepada Akta 313 adalah seperti yang diperuntukkan di bawah perkara 76(3) Perlembagaan Persekutuan yang mana kerajaan negeri perlu menerima pakai sebarang peruntukan perundangan yang digubal oleh kerajaan persekutuan sebelum ianya boleh dikuat kuasa di negeri tersebut," katanya.


(Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju)

Beliau turut memaklumkan tiada sebarang aktiviti perlombongan dibenarkan di tapak rizab biosfera Tasik Chini.

"Sebarang permohonan baharu atau penyambungan surat kelulusan skim pengendalian lombong bagi tapak perlombongan dalam kawasan tapak rizab biosfera Tasik Chini juga tidak dipertimbangkan. Ini adalah selaras dengan dasar semasa kementerian iaitu untuk tidak menyokong dan mengeluarkan surat SKSM di atas tanah berstatus hutan simpanan kekal, HSK atau rizab perlindungan dan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam sekitar," ujarnya.

Pindaan RUU ini juga membolehkan kerangka perundangan perhutanan negara bergerak seiring dengan perkembangan semasa bagi mencapai lima objektif utama.

Antaranya memantapkan penguatkuasaan hutan bagi membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran serta mengatasi isu kekaburan dan kuasa yang tidak jelas.

Media Baharu