fb fb fb fb fb

RUU Pekerja Gig: PM mahu pandangan semua pihak diteliti sebelum bentang di Dewan Rakyat

Foto RTM

PUTRAJAYA, 28 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Menterinya, Steven Sim Chee Keong untuk memperhalusi draf Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

Beliau berkata, Anwar telah meminta Sim untuk meneliti pandangan, maklum balas pelbagai pihak sebelum membawa draf RUU itu kepada Kabinet.

"Tetapi kita harap proses libat urus dan penelitian isu-isu ini dapat diselesaikan dan Rang Undang-Undang ini kita harap dapat dibentang di Parlimen tahun ini sama ada dalam mana-mana satu sidang yang akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan KESUMA dijangka membentangkan RUU berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Menurut Sim, ia sekali gus menjadikan Malaysia negara terawal di dunia menggubal perundangan khusus membabitkan pekerja sektor tersebut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD