Rumah terbuka Aidilfitri Melaka diadakan 28 Mac di MITC

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 14 Mac -Melaka kekal mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan berlangsung pada 28 Mac depan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri negeri.
  • Majlis membawa tema 'Melaka Sayang Rakyat'.
  • Program bertujuan memberi ruang kepada rakyat meraikan Aidilfitri bersama barisan pimpinan kerajaan negeri.
  • Pengumuman dibuat selepas Majlis Moreh Ketua Menteri bersama media Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jamuan itu akan membawa tema ‘Melaka Sayang Rakyat’.

Jelasnya, program itu bertujuan memberi ruang kepada rakyat untuk meraikan Aidilfitri bersama barisan pimpinan kerajaan negeri.

“Negeri Melaka akan terus mengadakan rumah terbukanya pada 28 hari bulan demi rakyat,” katanya kepada media selepas Majlis Moreh Ketua Menteri Bersama Media Melaka, di Bandaraya Melaka.