fb fb fb fb fb

Rumah terbakar di Baling, musnah 80%

BALING, 3 April- Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kg Cenerai, Baling, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam kenyataannya berkata kejadian berlaku kira –kira pukul 10 pagi berdekatan kilang Mardec, Baling.

Dua jentera dari BBP Baling dan Sik bersama 7 anggota bergegas kelokasi kejadian sebaik dihubungi.

Kebakaran turut melibatkan sebuah setor.

Anggaran kemusnahan sebanyak 80%.

Tiada kemaalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Media Baharu