fb fb fb fb fb

Rumah panjang musnah dijilat api, 88 penghuni hilang tempat berteduh

FOTO FB Balai Bomba Kanowit

KANOWIT, 15 Januari- Seramai 88 penghuni rumah panjang di Kanowit hilang tempat berteduh setelah rumah panjang 15 pintu dijilat api, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Empat Sibu, Andy Alie berkata, kejadian yang berlaku di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan, Jalan Nibong Tada sekitar pukul 12 tengah hari itu menyebabkan rumah panjang tersebut musnah 100 peratus dalam kebakaran tersebut.

Jelasnya, kesemua penghuni bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Kanowit dengan bantuan BBP Sungai Merah telah dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 46 kilometer dari balai.

Katanya, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam dua petang sebelum tamat sepenuhnya pada pukul 4.50 petang.

Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE