fb fb fb fb fb

Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Bako Hulu

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 22 September - Sebuah rumah kayu di Kampung Bako Hulu, Kuching musnah dalam kebakaran lewat petang semalam.

Menurut laporan Gerakan Operasi Sarawak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.59 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, dibantu BBP Petra Jaya.

"Api berjaya dikawal pada 7.50 malam, manakala operasi tamat sepenuhnya pada 9.00 malam," menurut kenyataan tersebut.

Pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke rumah berhampiran, menyelamatkan empat buah rumah lain. Kebakaran tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Pemilik rumah bersama dua penghuni lain dilaporkan sempat menyelamatkan diri sebelum rumah musnah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE