fb fb fb fb fb

RTM terus unggul sebagai agensi penyiaran negara

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (tengah) ditemui pada Majlis Raya "Syukur Syawal" sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 dan Ulang Tahun Hari RTM ke-79 di Angkasapuri

KUALA LUMPUR, 10 April- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menempuh pelbagai tahap perubahan dalam membawa maklumat kepada rakyat.

Sekian lama berkhidmat, RTM komited mengikuti perkembangan seiring kemajuan teknologi semasa serta mencipta lebih banyak kejayaan baharu dalam membawa imej sebagai agensi penyiar rasmi negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau yakin RTM akan terus maju dalam menyediakan kandungan berkualiti, merentas teknologi, cabaran pemikiran serta perubahan trend semasa.

"Saya percaya dengan barisan kepimpinan yang ada, akan dapat mengemudi dengan baik. Saya lihat prestasi RTM, sepanjang dua setengah tahun kebelakangan ini menampakkan hasil dan mutu kualiti.

Ini termasuk dari segi kandungan ataupun cara menyampaikan maklumat kepada masyarakat yang bukan hanya berbeza tapi lebih baik," kata Datuk Fahmi kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui ketika Majlis Raya "Syukur Syawal" sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 dan Ulang Tahun Hari RTM ke-79 di Angkasapuri Kota Media.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM