fb fb fb fb fb

RTM Terengganu terus dekati pendengar dan penonton

Sabri Mansor

KUALA TERENGGANU, 3 April- Sempena sambutan Hari RTM ke-78 dan mengimarahkan bulan Ramadan Jabatan Penyiaran Terengganu mengadakan Program Semarak Budi Setulus Hati.

Program itu sebagai usaha berterusan RTM Terengganu supaya lebih dekat dengan pendengar dan masyarakat setempat.

Pengarah Penyiaran Terengganu Sabri Mansor berkata program itu juga bertujuan mendekati dan menyampaikan sumbangan secara terus kepada golongan yang memerlukan.

"Kita harap program yang kita jalankan mendapat kejayaan dan mencapai matlamat untuk mendekati golongan tidak bernasib baik serta pendengar dan penonton RTM.

"Insya-Allah kita akan teruskan program seperti ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita sempena program Semarak Budi Setulus Hati, turut dianjur Program Pantun Ria Raya di antara TFM dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini.

Penyerahan duit raya dan sumbangan keperluan dapur turut diberikan kepada 40 anak yatim dan golongan asnaf yang mendapat kerjasama daripada rakan strategik TerengganuFM.

Antara kerjasma itu ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), PERKIM dan NESQ.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI