fb fb fb fb fb

RTM siar perlawanan Lee Zii Jia di Saluran Okey

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- RTM selaku Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 menyiarkan perlawanan Lee Zii Jia secara langsung di Saluran Okey pada 31 Julai 2024 pukul 8.50 malam hingga 9.30 malam menerusi MyTV dan RTMKLIK.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, terdapat perlawanan Israel menentang Nepal melalui Saluran Olimpik 4 RTMKlik yang tidak sengaja disiarkan kurang
daripada lima minit.

"Bbagaimanapun, RTM telah mengambil tindakan segera menukar siaran ke acara lain iaitu acara bola baling (handball)," katanya.

Dalam kenyataan itu juga menyebut RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui dua saluran utama iaitu Saluran TV Okey dan Saluran Sukan dan enam saluran khas di RTMKlik.

Perkara itu bagi memenuhi hasrat rakyat Malaysia yang mahu merasai kehangatan Sukan Olimpik dengan
lebih dekat bermula 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Petang semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah meminta penjelasan RTM berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi Lee Zii Jia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Ia susulan seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM tidak menyiarkan perlawanan Zii Jia.

Bagi pengguna media sosial yang ingin menonton Sukan Olimpik Paris 2024, ianya boleh ditonton secara dalam talian menerusi RTMKlik (https://rtmklik.rtm.gov.my/) secara percuma.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI