KUALA LUMPUR, 24.November -Sebanyak RM650 juta diperuntukkan untuk pembangunan dan pembelian kandungan tempatan pada 2026, juga sebagai usaha memperkukuh penyertaan penerbit tempatan dalam ekosistem penyiaran nasional.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, RTM akan terus memberi keutamaan kepada kandungan tempatan, dengan peruntukan besar disalurkan kepada syarikat produksi tempatan setiap tahun.
Pada 2024, sebanyak RM89 juta telah dibelanjakan kepada 318 syarikat produksi tempatan yang menghasilkan program dalam pelbagai genre dan bahasa untuk siaran RTM.
Menurut Nie Ching, pada tahun 2024, sebanyak RM89 juta telah dibelanjakan kepada 318 syarikat produksi tempatan yang menghasilkan program dalam pelbagai genre dan bahasa bagi siaran saluran RTM.
“Sebenarnya, RTM sentiasa memberi keutamaan untuk melaksanakan kandungan tempatan. Untuk tahun 2024, sebanyak RM89 juta telah digunakan untuk membayar kepada 318 syarikat produksi tempatan yang menyediakan program-program dalam pelbagai genre dan bahasa untuk siaran saluran RTM.
"Untuk tahun ini, peruntukan atau bayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM114 juta yang dibayar kepada 234 syarikat produksi. Untuk tahun depan, sebanyak RM650 juta dijangka akan digunakan untuk tujuan yang sama,” jelas Teo Nie Ching.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas mengenai keutamaan kandungan bagi siaran tv di RTM semasa sesi perbahasan di Parlimen.