fb fb fb fb fb

RTM perlu lipat ganda usaha perkasa kandungan digital

Nasaruddin Abdul Muttalib (kiri) diiringi Md Shahri Saripan, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (tengah)

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Usaha pemerkasaan kandungan digital yang dilaksana Jabatan Penyiaran (RTM) perlu dilipat gandakan menjelang tahun 2024.

Setiap kandungan digital yang dihasilkan mestilah memberi maklumat dan impak kepada rakyat, sekali gus dapat menambah jumlah tontonan terhadap saluran berita RTM.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, beliau berbesar hati menerima sebarang cadangan untuk menambah baik kandungan digital.

Beliau yakin warga kerja RTM mampu melakukan perubahan daripada segi kandungan dan tidak tertakluk pada konsep sama.

"Kandungan digital perlu dianggap peluang baru yang perlu direbut RTM untuk tingkatkan eyeball atau penontonan.

"Jadi kita perlu perkasa platform digital atau OTT supaya RTM kekal relevan dan loveable sebagai siaran berita nasional," katanya selepas selepas mengadakan lawatan ke Wisma Berita di bangunan RTM di sini.

Nasaruddin berkata, RTM juga bakal mempertingkat promosi untuk meraih jumlah tontonan lebih tinggi menjelang 2024.

SITI AISHAH BINTI MD ISA