fb fb fb fb fb

RTM optimis lonjakan penonton pada 2024

Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berpeluang beramah mesra dan menyampaikan cenderahati kepada kakitangan RTM di Angkasapuri Kota Media sempena sambutan Krismas.

Acara tahunan anjuran Bahagian Perhubungan Awam RTM itu sebagai menghargai kakitangan yang bertugas pada hari Krismas dan tahun baharu yang akan tiba.

"Ada banyak program menarik program baharu dan juga pendekatan baharu yang akan kami tonjolkan pada tahun 2024 nanti susulan impak positif berbeza diterima RTM sepanjang tahun ini.

"Kesemuanya boleh ditonton di pelbagai platform yang ada iaitu TV1, TV 2, TV OKEY, Sukan Berita dan juga secara dalam talian di RTMKLIK," katanya kepada pemberita selepas usai beramah mesra dan menyampaikan 'ole-ole' kepada petugas RTM sempena sambutan Krismas di Angkasapuri Kota Media.

Pemberian cenderahati itu melibatkan bahagian Program Radio, Unit Pemberitaan TV dan Bahagian Operasi Penyiaran.

Dalam pada itu Suhaimi turut berharap jumlah tontonan di semua platform RTM akan meningkat pada tahun depan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI