fb fb fb fb fb

RTM laksana 35 daripada 43 program, kerjasama 10 agensi

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Seiring dengan dasar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam penyampaian maklumat kerajaan, RTM akan mengetuai "Kluster Penyiaran" bersama-sama 10 agensi lain di bawahnya.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud, sebanyak 43 program dikenal pasti dengan 35 daripadanya akan dilaksanakan oleh RTM.

Dalam pada itu, RTM dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam akan menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan atau CDERT-RTM untuk pelaporan kejadian bencana.

Ia akan dilancarkan pada 1 April depan sempena Hari RTM.

Sementara itu, pada Majlis Perhimpunan Bulanan RTM pagi tadi, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kakitangan RTM yang terjejas akibat banjir pada tahun lalu.

Media Baharu