fb fb fb fb fb

RTM kekal pelihara kesenian Dikir Barat

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman / Foto RTM

KOTA BHARU, 12 Mei - Persembahan dikir barat masih relevan. RTM kekal memelihara warisan budaya bangsa menerusi penganjuran pertandingan.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, penganjuran pertandingan dikir barat sejak 1993, mendidik generasi kini lebih menghargai dan mencintai seni tersebut.

"Tahap tenaga yang tinggi. Lebih penting kebanyakan mereka adalah dari generasi muda dan seni warisan ini selalunya orang akan lihat kurang golongan muda.

"Malam ini kebanyakan anak muda hadir berikan sokongan dan membanggakan. Saya rasa ini sangat luar biasa dan kumpulan bertanding menunjukkan kualiti yang tinggi dan yang paling penting penonton semua terhibur", katanya yang ditemui selepas penyampaian hadiah peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat 2024 bertemakan “Eratkan Persaudaraan Elakkan Permusuhan”.

Pertandingan berlangsung di Dewan Terbuka RTM Kelantan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD