fb fb fb fb fb

RTM berjaya ditambah baik menerusi teknologi terkini

KANGAR, 23 Ogos - Perkembangan teknologi terkini berjaya menambah baik perkhidmatan rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan sahaja dari segi kualiti siaran radio malahan dari aspek penerimaan siaran televisyen digital.

Justeru, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu menyegerakan peruntukan menaik taraf infrastruktur komunikasi menerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPS) sebagai pelaksana projek berimpak tinggi di Perlis.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah peruntukan menaik taraf infrastruktur digital begitu penting bagi Perlis dalam mewujudkan ruang peningkatan ekonomi sektor pertanian, kesihatan, pendidikan, pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan.

(Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid
mencemar duli mengunjungi konti Perlis FM)

"Sebagai sebuah negeri yang amat mengutamakan keharmonian dalam perpaduan masyarakat dan pembangunan, saya berbangga RTM sentiasa mencerminkan negeri ini sebagai satu model keharmonian yang positif. Dalam kehidupan masyarakat yang majmuk sebegini, kita tidak harus mengetepikan mana-mana segmen dan sentiasa berusaha memaparkan kehidupan masyarakat yang harmoni dalam konteks Malaysia," titah Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di sini.

Baginda bertitah ketika merasmikan Kompleks Jabatan Penyiaran Negeri Perlis dengan penjenamaan baharu sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra (Kompleks PUSPA).

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Media Baharu