fb fb fb fb fb

RPA berkenan sampaikan sumbangan kepada 500 penerima miskin tegar

Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 April- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 500 penerima miskin tegar dan miskin di ibu negara, hari ini.

Bantuan itu diberikan dalam Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada majlis itu diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis berkenaan, Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai berserta kuih raya dan baucar barangan keperluan harian selain menyantuni penerima yang hadir.

Majlis berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meringankan beban golongan sasar dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM