fb fb fb fb fb

Rosni Sohar, Shamsuddin Ghaffar angkat sumpah Senator hari ini

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Mereka ialah Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar dan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar.

Pelantikan Datuk Rosni merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh bermula hari ini hingga 8 Januari 2028.

Manakala Datuk Shamsuddin pula, merupakan lantikan semula Pilihan Dewan Negeri Perak berkuat kuasa 20 Disember lepas hingga 19 Disember 2027 .

Datuk Awang Bemee turut mengalu-alukan ahli-ahli Senator yang mengangkat sumpah pada hari ini untuk menyumbang pandangan dan idea serta mengambil peranan dalam jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.

Pada 5 Disember lepas, pemilihan Shamsuddin diputuskan menerusi undian semasa hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tahun 2024 selepas Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menggulungkan Belanjawan negeri 2025.

Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Dewan Negara telah menubuhkan tiga jawatankuasa bagi melaksanakan tanggungjawab yang lebih efektif, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola, Integriti dan Antirasuah, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat, serta Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-undang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE