fb fb fb fb fb

RMK13: RM67 bilion diperuntuk bagi sektor pendidikan

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion bagi sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion bagi sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), merangkumi pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan fasiliti pendidikan di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut turut meliputi pembaikan bangunan sekolah, termasuk tadika KEMAS, selain menaik taraf kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.

"Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu. Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang bersesuaian," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen, hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN