fb fb fb fb fb

RM8.5 juta belanja hangus TMM 2024

FOTO HIASAN

AYER KEROH, 29 November- Sejumlah RM8.5 juta belanja ‘hangus’ bagi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan Negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia membabitkan penganjuran 76 acara sempena TMM2024 tersebut.

Beliau berkata, namun hasil daripada program terbabit memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

"“Sebanyak RM6.6 juta pula adalah untuk pelaburan kekal yang merangkumi beberapa projek pembangunan berkaitan pelancongan di negeri ini.

“Antaranya termasuklah membangunkan produk pelancongan baharu seperti river cruise di Sungai Linggi dan pembinaan restoran terapung juga di kawasan sama,” katanya pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Hari Ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini menyalurkan RM10.1 juta kepada Melaka bagi tujuan TMM2024 manakala kerajaan negeri pula menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk bahan-bahan promosi dan kempen promosi serta publisiti di dalam dan luar negara.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sebelum ini menerima peruntukan khas RM25 juta bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco) yang secara tidak langsung dimanfaatkan untuk menyokong penganjuran TMM2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE