fb fb fb fb fb

RM601 juta peruntukan untuk 17 projek pembaharuan bandar di Sarawak

Foto- Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING, 14 Oktober- Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM601 juta bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek-projek yang terletak di Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Lawas itu kini berada dalam pelbagai peringkat perancangan dan pelaksanaan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak menjelaskan, inisiatif kerajaan negeri itu berdasarkan kepada pembangunan mampan dan perancangan seimbang bagi menjamin kualiti hidup masyarakat.

Ia selaras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) melalui kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar ke arah Sarawak Maju menjelang tahun 2030.

Beliau berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Surat Hakmilik Tanah dan Kunci Rumah bagi Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Pulo Ulu, di sini.

Katanya Projek Pembangunan Darul Hana di bandar raya ini merupakan projek perintis bagi inisiatif berkenaan.

Awang Tengah memaklumkan, sehingga 30 September lepas, 564 unit rumah telah siap dibina untuk KIR daripada tiga kampung dan lot-lot di sekitar Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dan Jalan Demak.

Trainee